|
|
Blitz
Tuesday, December 30, 2014 | 9:04 AM | 0 star
Assalamualaikum! so harini dah masuk 1 hb januari 2015, woah tak sangka, satu tahun sudah berlalu. baru rasanya semalam gelak tawa dengan blitz, baru semalam rasanya. haha. ape pun 2014 blitz tk sempat berkumpul, rancang pun macam ape je kan, so macam mane nak jumpa. hahaha. takpe guys, nanti kalau ade rezeki insyaAllah boleh lah tu jumpa. mungkin bukan tahun 2015, mungkin bukan tahun ni, mungkin bukan tahun 2016, tapi mungkin waktu kita semua dah ade anak. omg! tak dapat bayangkan xD liyana ade anak, suami, amiera ade anak comel, adibah ade 10 orang anak xD hahahaha! xD agaknya sape isteri zafrul? sape isteri nafis? sape suami amira? adakah aliff dan laila? adakah najihah dan nabil? izzati dan haniff? harapnya berkekalan. insyaAllah. hihi. okay dah forget pasal semua tu, hahaha. yang penting sekarang ni, tahun ni, blitz dan semua pelajar 1998 akan menghadapi spm. goodluck korang !! semoga kita semua berjaya, tapi kalau tak dapat ape yang diharapkan, redha lah, perancangan Allah lebih baik. :) okay tu je, :*nah gambar throwback!!
gambar ni je yang ade kat laptop aku, hahaha k
Result cominggg !
Monday, December 16, 2013 | 7:14 AM | 0 star
Hi guys :)
well, our PMR result dah nak keluar wehhhhhhhhhhhhhh dah nak keluarrrrrrrrrrrrrr !
lagi ...
Siapa tak cuak sila jilat siku anda :/ okay takda yang buat so semua cuak enn :p so doalah banyak bnyak kita semua dapat straight A's :')
AMIN !
I don't know about you guys but , for me , this is how I feel ( T-T )
well aku rasa korang pun cenni jugak sebenarnya kn ~
okay so , GOODLUCK to all of you , and me of course x) Insya'Allah kita semua boleh dapat straight A's :')
ALL THE BEST BLITZ 1113 & BATCH '98 ! :'D PMR
Saturday, November 30, 2013 | 6:38 AM | 0 star
Hey haiiii ! Dah lama tak update rasanya . tak lama lagi nak ambil result PMR . omg rasa sangat sangat lah nervous . harap harap kita semua dapatlah straight A's ye :') Tahun ni rasa sangatlah cepat berlalu . waktu suka dan duka bersama, sangat indah apabila dikenang dan diingati . rasa rindu dengan keakraban kita semua sekelas . bergurau-senda, konflik sesama kita . oh rindu tentang segalanya . tahun depan . tahun depan kita semua mungkin akan berpisah :') ade yang pergi ke sbp, mrsm, ke sekolah lain, dan mungkin ade jugak yang masih bersekolah di smkpp16(1) . tapi mungkinkah kita semua akan duduk dalam satu kelas ? harapnya begitulah kan :) i will miss you guys, blitz1113 :*Teknik Pembelajaran yang Berkesan
Sunday, June 30, 2013 | 10:10 PM | 0 star
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem.
1. Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
2. Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
3. Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
4. Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
5. Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
6. Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
7. Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
8. Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini. 9. Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
10. Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing. 11. Menjadi model dalam rumah Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
12. Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
13. Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. 14. Persiapan minda sebelum ulangkaji Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
15. Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).
16. Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
17. Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
18. Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
19. Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Sekadar berkongsi . Selamat mencuba ^^
copy&paste from : http://tipsbelajar.wordpress.com/2010/07/27/kaedah-21-teknik-pembelajaran-cara-belajar-yang-betul-upsr_pmr_spm/ Done Editing !
Monday, June 24, 2013 | 2:10 AM | 0 star
Haii :3
Finally blog ni dah officially done edited :D
Okay , maybe ianya tak secantik mana but at least better daripada dulu :D
and oh ya , kebanyakkan post dah kena delete . terpaksa delete >.<
sorry lah ~ kalau tak delete benda ni gila :3
so yeah , kena banyak buat post baru lah eh ? :)
okay that's all ^^
Bye :D
WARNING !
Wednesday, May 15, 2013 | 7:16 AM | 0 star
THIS PAGE IS UNDER A RE-DECORATION BY
![]() ![]() I do kindly ask you NOT to change any of my basecode .Thankyou . Tips Membina Keyakinan Diri
Friday, August 3, 2012 | 3:49 PM | 0 star
Hai and Assalamualaikum :)
Firstly, kita kena pakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas . biler kita pakai pakaian yang bersih, kemas dan selesa, kita akan berasa lebih yakin ketika membuat suatu presentation itu ;) Secondly, mulakan hari korang dengan positif . elakkan daripada marah waktu pagipagi . yelah sebab disebabkan benda yang hanye remeh temeh, mood kita waktu pagi tu takde . Thirdly, bergaul dengan masyarakat sekeliling . Ada sesetengah dari kita yg tak suka bergaul dengan masyarakat and lebih suka jadi kera sumbang . duk terperuk je dalam rumah tu . disebabkn tu, korang boleh manjatuhkan keyakinan diri lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Fourth, memelihara kesihatan mental dan fizikal . Pelihara kesihatan mental dan fizikal supaya kita nampak sihat dan anggun. Sihat dalaman and sihat luaran banyak mempengaruhi cara kita berfikir dan kemampuan kita untuk membuat sesuatu seperti presentation . Fifth, senyum . Senyuman is something yang special dimana akan meningkatkan keyakinan kita . Dengan senyuman, kita akan dapat menghubungi orang lain dari segi perasaan yang baik pada diri kita . Dan sudah tentu kita akan meningkatkan keyakinan diri kita apabila kita positifkan diri dengan senyuman . Sixth, sentiasa menerima teguran dengan hati yang terbuka . Untuk menuju kesempurnaan, bersedialah untuk menerima teguran . Anda bukan sengaja untuk buat kesilapan kerana ingatlah tiada manusia yang sempurna. Katakan "aku akan buat lebih baik lagi" . Pengalaman yang kita terima berulang kali akan memantapkan lagi keyakinan diri kita pada sesuatu perkara yang kita lakukan . Okay sampai sini saja tasha nak kongsi . semoga dengan tips ini korang akan berasa lebih yakin ^^ assalamualaikum . HARI TERGEMPAR 1 SKOLAH !
Friday, July 22, 2011 | 7:03 AM | 0 star
(RABU, 20/07/2011) Sedang sibuk bermain internet di bilik ICTL, tetiba dipanggil turun ke kantin. muka cikgu Amalina agak cemas bila panggil kelas kitorang turun. kitorang tertanya-tanya lorh kenapa. and bila sampai aje di kantin dengar orang terjerit-jerit. Naek bulu roma... HAHA, ader akak form 2 kena HISTERIA . Kitorang satu hari tuh terpaksa duduk kat dewan dan bace yaasin berulang kali. hari tuh kitorang boleh balik awal. 5 minit awal jer... HAHA, XP . but petang tu cikgu tak bagi kitorang ke sekolah. dalam hari tu, LEBIH DARI 5 ORANG kena histeria. perempuan campur lelaki. but ofcourse permpuan lebih ramai yang kena. INSAN YANG LEMAH , kan ? huhuLabels: GILA takot Pindah lagi se0rang kawan, Aliffudin!
Friday, April 15, 2011 | 5:04 AM | 0 star
Sebelum ini, Nazurah, Izwan, dan Adam dah pindah ke SBP... Kali ni, Aliffudin (fud) pulak pindah kat SBP... lama-lama, sikit la pelajar di 1 Bijaksana... daripada 30 orang, ke 24 orang pelajar 1 Bijaksana bilangan murid di 1 Bijaksana! HAHA.. |